TEORI SUKARELAWAN R.E.L.A

Teori Sukarelawan R.E.L.A merupakan teori yang mampu membantu memperkasa diri individu khususnya mereka yang terlibat dalam pelbagai bentuk kerja-kerja kemasyarakatan dan kesukarelaan. Bukan itu sahaja, bahkan, teori ini juga menjelaskan mengenai bagaimana setiap individu seharusnya memiliki semangat sukarelawan ini dalam memastikan kelangsungan kehidupan mereka di dalam masyarakat. Masyarakat yang terbangun minda dan hati mereka adalah masyarakat yang prihatin dengan gejala dan perkara yang berlaku di sekitar mereka. Keprihatinan mereka diberikan perhatian sehingga menghasilkan tindakan (responsive) kerana merasai (empathy) apa yang dirasai oleh orang lain. Malah, mereka juga sentiasa bersedia untuk menjadi pendengar yang baik (listener) kepada keluhan dan resah persekitaran serta sentiasa tidak lokek dengan pesanan dan nasihat (advisor) yang dapat membangunkan persekitaran mereka.

Catatan Popular