TEORI KEPEMIMPINAN C.H.I.E.F
Teori Kepemimpinan C.H.I.E.F adalah satu gambaran pencirian individu yang mempunyai keupayaan yang tinggi dalam memimpin sesebuah organisasi atau persatuan. Teori ini meletakkan 5 ciri asas dalam pada masa yang sama tidak menafikan keperluan kepada ciri-ciri yang lain dalam perbincangan atau pandangan sumber yang lain.
Seorang pemimpin yang baik akan memiliki kemahiran berkomunikasi yang tinggi. Mulanya dari komunikasi dikalangan rakan sejawat, sehinggalah komunikasi mereka bersama ahli pasukan lapisan yang paling rendah. Ia juga termasuk kemahiran perundingan, memberikan arahan serta mengawal perbincangan dan mesyuarat. Selain itu, kita juga mahu melihat watak pemimpin yang dihormati kerana kejujurannya. Integriti mereka dalam memastikan segala tugas mereka dijalankan dengan sempurna.
Seorang pemimpin itu juga dinilai sebagai baik apabila mereka mampu untuk menjadi pemula kepada inisiatif-inisiatif baru serta mempunyai banyak idea kreatif dan inovatif untuk diketengahkan. Pada masa yang sama, mereka seharusnya mampu melakukan tugas dengan berkesan, bukan hanya mampu mengarah sana sini. Walaupun mereka dikenali sebagai pemimpin, perasaan rendah diri mereka menjadikan mereka itu mudah untuk membantu sesiapa sahaja tidak mengira lapisan pangkat atau golongan atasan atau bawahan. Apabila kita bantu mudahkan urusan orang lain, orang lain akan bantu mudahkan urusan kita.