TEORI BINA INSAN - I-T.U.N.E

Teori pembinaan insan ini dibina bagi memenuhi keperluan segala bentuk pendekatan latihan yang di bawa dan diperkenalkan oleh IQ Class Management. Teori ini diasaskan bagi memandu fokus latihan kami ke arah perubahan yang holistik serta dapat disampaikan dengan cara yang terbaik dan berkesan.

Teori Bina Insan I-T.U.N.E meletakkan Ilmu sebagai batu asas kepada pembinaan insan. Ilmu yang membezakan nilai kehidupan insan serta dengan ilmu menunjukkan keupayaan insan dalam merencana kehidupan di atas muka bumi ini. Ilmu membezakan insan dan haiwan dan dengan ilmu insan menjadi bernilai. Kami sangat yakin, dengan ilmu, insan itu tidak akan miskin. Keutamaan ilmu ini menjadikan setiap pengisian program latihan kami sarat dengan pengetahuan yang pelbagai dari sumber akademik dan pengalaman.

Melalui sumber ilmu, insan itu perlu melakukan penerokaan untuk mengetahui potensi diri yang sebenar, dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi. Ia lalu menatijahkan perubahan sikap demi mencapai arah tuju sebenar yang dicari. Tercapai atau tidak, penilaian diri perlu dilakukan kerana insan tidak akan terlepas dari kelemahan dan kesilapan. Orang berilmu, sifatnya terbuka dan sepatutnya boleh dibetulkan jika ia bersalah. Pencapaian tertinggi dalam kehidupan insan adalah apabila mereka mampu mengevolusikan pemikiran mereka sehingga mereka mampu melihat masa hadapan yang sangat jauh. Inilah pencapaian yang telah dicapai oleh ramai tokoh-tokoh dunia sehingga menghasilkan pelbagai teknologi dan pembangunan kehidupan manusia pada hari ini. Jom kita timba ilmu dan jom kita T.U.N.E diri kita.

Catatan Popular