TEORI KERJA BERPASUKAN T.E.A.M
Teori Kerja Berpasukan T.E.A.M menekankan beberapa pra syarat ahli dalam pasukan agar kerja sama erat dapat dibentuk sehingga mampu memandu pasukan mencapai setiap sasaran yang diletakkan.
Kerja sama adalah asas penting yang mana ia seharusnya terbentuk hasil dari kebersamaan ahli pasukan, keterbukaan sesama pasukan, kepercayaan dalam pasukan serta kerahsiaan yang menjadi tanggungjawab setiap ahli dalam pasukan. Bagi mengekalkan keharmonian kumpulan, sikap beradab dalam berslisih pendapat harus diutamakan. Pasukan yang terbaik juga mempunyai ahlinya yang sentiasa bertenaga dan segar dalam melakukan tugas. Bertenaga dan segar dari segi idea, bekerja bersama dan kadangkala perlu sedikit jenaka atau humor.
Pasukan yang terbaik juga perlu dipandu dengan matlamat dan cita-cita yang tinggi dan jelas. Pergerakan pasukan tersebut perlu bersandar kepada matlamat tersebut dan ia dinilai berkesan berdasarkan pencapaian terhadap matlamat tersebut. Selain itu, mereka juga mestilah kelompok insan yang boleh diuruskan dengan baik, menerima arahan dengan baik, melaksana arahan dengan baik, sedia diperbaiki dan berani untuk memperbaiki. Ia adalah ciri kebolehurusan pasukan yang baik.