Bengkel Asas Kepimpinan Muda (KeMuda A)

PENGENALAN
Bengkel Kepimpinan Muda atau Bengkel KeMuda mula diperkenalkan pada tahun 2008 oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Saudara Kamarul Azami bin Mohd Zaini melalui siri latihan kepimpinan IQ Class Management. Ia merupakan sebuah modul yang dibangunkan atas permintaan siri-siri latihan kepimpinan yang mensasarkan golongan muda atau lebih dikenali sebagai golongan kanak-kanak diperingkat sekolah rendah.

Kepentingan pembinaan modul ini didasari oleh keinginan oleh banyak pihak khususnya dari kalangan pendidik dan tenaga pengajar di sekolah-sekolah rendah disekitar Lembah Klang. Sehingga hari ini, telah lebih dari 70 siri Bengkel KeMuda A dijalankan disekitar sekolah rendah Lembah Klang. Sambutan yang diberikan oleh pihak pentadbir dan pelaksana kem di sekolah amat memberangsangkan sehinggakan ia menjadi salah satu kem wajib yang dijalankan kepada kelompok kepimpinan pelajar di sekolah mereka.

Kami selaku pembina dan pelaksana modul ini, mengharapkan daripada pelaksana modul latihan sebegini akan dapat membantu memberikan kefahaman kepada pelajar-pelajar tentang apa itu kepimpinan, membina keyakinan diri pelajar yang memimpin di sekolah, menjelaskan tentang tugas dan peranan mereka berdasarkan situasi serta ciri-ciri yang seharusnya dibangunkan dalam diri mereka seawal usia dalam membentuk pemikiran dan gaya penampilan seorang pemimpin.


OBJEKTIF
Selepas mengikuti bengkel ini, peserta akan dapat;
  1. Memahami maksud kepimpinan;
  2. Mengetahui ciri-ciri pemimpin cemerlang berdasarkan teori B.I.J.A.K iaitu;
  • Pemimpin yang cemerlang mereka seharusnya berani;
  • Pemimpin yang cemerlang hendaklah ikhlas dalam melaksana tugas;
  • Pemimpin yang cemerlang perlu menjauhi sebarang salah laku undang-udang;
  • Pemimpin yang cemerlang adalah mereka yang sentiasa ambil tahu mengenai persekitaran di sekolah mereka serta;
  • Pemimpin yang cemerlang perlu mengekalkan kekemasan diri.


BUTIRAN PELAKSANAAN
Pelaksanaan bengkel ini adalah berdasarkan perincian berikut;
  1. Sasaran: Kepimpinan pelajar diperingkat sekolah rendah
  2. Jangka Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
  3. Tarikh: Tertakluk kepada perbincangan
  4. Tempat: Tertakluk kepada perbincangan
  5. Pelaksana: IQ Class Management


MODUS OPERANDI

Ceramah Interaktif
Peserta akan dibimbing oleh seorang penceramah dalam sesi komunikasi satu hala. Namun sesi tersebut akan diselang-selikan dengan aktiviti yang akan menambah kefahaman peserta mengenai subjek yang dibincangkan. Penceramah akan berinteraksi terus dengan peserta berdasarkan pengalaman aktiviti yang dijalankan.


Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI